13 Disember 2015

JOM JENJALAN DENGAN ELIA JEJARIRUNCING!

Jangan lupa melancong ke sini!
Kebetulan singgah blog si manis Elia ni tadi. Ternampak pulak segmen yang sangat aku rindukan dan nanti-nantikan sejak bergelar seorang blogger ni (setelah sekian lama). Nak tau apa dia? Segmen Blogwalking Bersama Jejariruncing lah yang aku maksudkan!

'create
Ini lah Si Elia Jejariruncing!

Sebenarnya, Si Elia ada tetapkan beberapa syarat untuk join segmen ini. Dan ini adalah soalan yang perlu di jawab iaitu : "Dalam entry tu ceritakan kepada saya kenapa blog anda best dan patut dilawati. Kira macam marketkan blog koranglah. Selain tu korang juga boleh tanya saya maximum 3 soalan jika ada. Soalan anda akan saya jawab di ruangan komen di entry tersebut dan di hujung entry tu kalau nak, ajak la kawan-kawan yang lain join game jenjalan ni.. the more the merrier!"

Kenapa blog aku best dan patut dilawati?

1- Sebab aku rasa blog aku yang sekarang telah ditulis dengan rapi dan ditulis dalam keadaan aku yang waras dan serius! Hahahaha... Kalau kau perasan, entri aku yang dulu sangat kebudak-budakan - dulu zaman Blink 182, dan sekarang zaman Meghan Trainor *tepuk dahi*


2- Aku rasa blog aku best sebab ada banyak emosi yang terangkum cantik dalam setiap entri aku lately. Aku kerap kongsikan keadaan emosi aku dikala entri di muatnaikkan. Nampak tak betapa berwarna-warninya kehidupan. Kadang gembira. Kadang berduka. Kadang hyper. Kadang sendu. Kadang hipster. Kadang gothic. Kau rasa?

3- Kau perlu datang terjah dan jenguk blog aku, kenapa? Sebab aku rindu zaman kegemilangan seorang penulis blog! Zaman ramai followers. Zaman ramai komen itu-ini. Zaman mencari segala sumber dalam blog. Aku rindu diterjah. Aku rindu disoal siasat ala-ala CSI. Aku rindu zaman kau cari resipi goreng pisang panas untuk dihidangkan pada mak mertua kau. Rindu! Seksa aku menanggung rindu tu *ambil tisu sambil lap hingus*

Aku harap Si Elia Jejariruncing terhibur dengan jawapan di atas. Perah otak mencari ayat yang sesuai tuk mendefinisikan semua menjadi sebuah ayat yang sesuai untuk tatapan umum. Jujurnya, aku bukanlah seorang penulis hebat. Aku hanyalah penulis picisan yang hobinya melihat dan mengkaji. Dengan menulis, dapatlah sejengkal dua ruang di dalam hati yang dalam ni merasa lapang. Itulah gambaran nya. Selamat mengembara!


Last but not least, Si Elia yang comel perlukan sekeping gambar kan? Ambil lah gambar America Ferrera ni sebagai tatapan umum (belum pernah reveal lagi siapa aku di dunia blog ni!). Adalah sikit iras-irasnya *blushing*

2 ulasan:

Aqilah Azmi berkata...

qila singgah sini wiwiwi

Nor Adzwaty Rokkafella berkata...

sy dah terjah awak dr blog elia hehehe...